Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 1431H

Assalamualaikum W.B.T.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak.
Masa begitu pantas berlalu dan tanpa kita sedari,Ramadhan datang kembali menyapa kita.
Begitu bertuah rasanya diri ini dapat bertemu kembali dgn Ramadhan.

Bila difikirkan semula, terlampau banyak khilaf dan dosa yg telah ak lakukan sepanjang 23 tahun kehidupan ini.Aku memang seorang yang hina disisiMu Ya Allah.
Memang mudah jika hendak berkata "Tiada manusia yang sempurna".
Betul,tiada siapa yang sempurna, tetapi kita seboleh-boleh nya boleh cuba untuk sentiasa menjaga diri, menjaga amal ibadah kita, sentiasa mengingati Allah dan Rasul-Nya, cuba memperbaiki diri setiap hari, cuba menjadi yang terbaik, cuba meningkatkan amal ibadah kepada Allah,cuba mendapatkan keredhaan-Nya, cuba mengurangkan daripada melakukan dosa dan khilaf,cuba menjauhi maksiat,cuba dan cuba melakukan yg maaruf, meninggalkan yg mungkar, cuba untuk menjadi hamba Allah yg baik, cuba.... sesuatu yang kita perlu lakukan,CUBA. Tidak susah sebenarnya,tpi amat payah dan sukar memujuk dan menjadikan hati ini sentiasa mencintai kebaikan dan amalan Ibadah.

Aku kini sedang mencuba. Mencuba mendapatkan keredhaan Allah. Aku sedar keburukan diri ini, sudah banyak dosa yg tidak tertanggung balasan nya diakhirat kelak. Tidak dapat aku bayangkan balasannya nanti. Ya Allah. Aku kini sedar tentang segalanya. Sentiasa mencuba dan terus mencuba untuk memperbaiki dari setiap segi. Ramadhan menambahkan lagi semangat aku untuk terus mendekatkan diri dengan Allah. Ya Allah, hinanya ak disisiMu. Tunjukkan lah aku jalan yang benar Ya Allah. Biarlah aku hina dimata manusia yang mungkin membenci, mengungkit khilafku, biarlah diri aku dicaci mereka, tetapi bukan dihadapan Mu.
Tunjukkanlah ku jalan Mu sempena Ramadhan ini, dan mudahkan lah perjalanan hidup ak menuju keredhaan-Mu.

Kepada sesiapa yang membaca entry ini, hanya ampun dan maaf dapat aku katakan atas apa yang aku pernah lakukan.Marilah kita sama-sama menyambut Ramadhan pada tahun ini dengan penuh kemeriahan yg dipenuhi amal ibadah. Aku akan cuba,cuba dan terus mencuba. Hidup ini akan menjadi lebih bermakna apabila diriMu dekat pada-Mu Ya Allah. Bimbing lah aku,keluarga ku dan kenalan2 ku ke jalanMu yang benar. Hanya Allah yang Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui. Amin.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

2 Comment:

Syafiq Azuan said...

Azam aku ramadhan ni : solat terawikh penuh. on time in chasing timeline, do what i had to do. :D

Oh2. Salam Ramadhan. moh kita pesta pahala! :D

Amir Omar said...

InsyaAllah ;)

Powered by Blogger.